First Time Masuk Sekolah Menegah


Selamat pagi!hari ni, Azie just nk tulis ttg hari pertama Azie menjejakkan kaki ke sekolah menengah...

Azie pergi ke sekolah dengan menaiki bas sekolah , mak dh taknak hantar sebab sekolah menengah jauh... Naik jer dalam bas tu , berjumpa lak ngan kawan sekolah rendah...mereka ni budak..LELAKI dan PEREMPUAN. heh.

Sampai jer kat sekolah , hati rasa gementar , mak tak da temankan Azie...mak pergi temankan adik masuk sekolah(darjah 1 baru) . Tapi tak per .. Azie kena sesuaikan diri .  Tiba jer kat pagar besar sekolah , adalah sesetengah rakan sekolah rendah yang memanggil Azie .. hati pun jadi GEMBIRA .

Bila jam dh menunjukkan pukul 12 tengahari , semua pelajar tingkatan 1 dan 2 akan masuk dewan sekolah untuk perhimpunan setiap hari selsa , dan pelajar tingkatan 1 tetap berada di dewan sampai masa tamat untuk program orientasi .

Orientasi ni ... Azie boleh kata best dan tidak best ... benda yang tidak best nya ialah :

-> punggung sakit sbb terlalu lama duduk kat atas kerusi . Itu jer .. haha !

Sepanjang program orientasi ni dijalankan , guru-guru banyak memberi penerangan , motivasi , etc . Pengetua sekolah ni amat pantang jika ada pelajarnya yang membuang sampah di merata-rata tempat . Pengetua juga taknak ada pelajar yang berlari sana sini ketika berada kat sekolah <<keselamatan harus diutamakan ! >>

Guru kaunseling 1 ni , dia asyik tersenyum bila bercakap , dia kata "senyumlah dengan seadanya " Dia juga bukan seorang yang pemarah . Dia mmg best lah .
Guru kaunseling 2 lak , dia marah sbb sesetengah  pelajar dh mengingkari undang-undang sekolah , iaitu , MENJAGA KEBERSIHAN DI KANTIN . Huh . Dia pun ada kata ' Kalau anda semua masuk kat SMK Bukit Sawa , anda takkan percaya apa yang anda lihat di sekeliling sekolah SMK Bukit Sawa . Tong sampah mereka sedikit . Maksud cikgu , sekolah mereka bersih , tiada sampah di merata-rata tempat , itu namanya mereka mengamalkan kebersihan sekolah !".
Sekolah tu mmg bersih sbb guru kt SMK Bukit Sawa semuanya 'garang'.


Kemudian , cikgu .... #takingatdah~* pulak akan tunjukkan lagu sekolah . Mula2 mmg susah nak nyanyi , bila dah dengar lagu tu berbanyak kali , baru lah kami semua dpt ikut rentak bunyi muzik tersebut .

#Sekolah Azie sorang jerp cikgu cina, tpi x ingat nama, kalau pelajar cina rasa x der.

Ok, Azie nak p umah dpn sbb buad kenduri. Bye :* .Smpai sini saja tau ;*
This blog fully design by Najlanajihah. Re-edit by Azie Iesya. Alright reserved by Azie Iesya.